Showing posts with label permata hijrah. Show all posts
Showing posts with label permata hijrah. Show all posts

17 February 2010

Toner mata dan toner hidung Permata Hijrah diarah tarikbalik produk dari pasaran

Feb 2010

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakan produk titis mata dan hidung Permata Hijrah kerana produk-produk tersebut telah didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh BPFK. 

Produk-produk ini telah didaftarkan sebagai Kosmetik namun telah membuat pelbagai tuntuan perubatan sebagai boleh mengubati penyakit-penyakit tertentu. Menurut guideline pendaftaran BPFK, kosmetik ialah produk yang digunapakai sebagai topikal/sapuan kepada bahagian luaran tubuh sahaja dan apa2 tuntutan seperti mampu mengubati penyakit-penyakit tertentu adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Produk-produk yang digunakan dengan cara menitiskan cecair ke dalam hidung atau mata termasuk di dalam kategori farmaseutikal dan bukannya kosmetik. Pengilang juga perlu mendapatkan sijil GMP (Good Manufacturing Practice) dan kelengkapan yg spesifik untuk pengilangan produk 'sterile' (produk bebas kuman). Produk dalam klasifikasi kosmetik tidak memenuhi spesifikasi ini.

Maka BPFK/pihak penguatkuasa telah pun mengeluarkan kenyataan supaya produk-produk tersenarai dihentikan pengimport/pengilang/pengedaran dan diarahkan dikeluarkan dari pasaran.

Antara produk-produk yang terlibat ialah:
Toner mata Permata Hijrah
Toner Hidung Permata Hijrah
Ainun Syifa Toner Mata
Alkaline Therapy Pearl Extract
 

Namun begitu, pada pengamatan saya, sehingga 12 Feb 2010, masih terdapat banyak outlet & kiosk yang menjual produk ini di pasaraya-pasaraya tempatan. Saya sempat menemubual seorang penjual produk ini di Tesco Extra Shah Alam. Menurutnya, dia masih belum mendapat apa2 notis daripada syarikat untuk menarikbalik produk-produk ini dari pasaran. Dalam hati saya, lambat juga syarikat ini bertindak. Maka saya pon menasihatkan dia agar menghubungi syarikat berkenaan dan tidak lagi menjual produk-produk sebelum dirampas oleh pihak penguatkuasa. Tak tau la dia ikot ke tidak. Kalau dah kene ambush & dirampas, rugi jer dik oi....