Showing posts with label halal. Show all posts
Showing posts with label halal. Show all posts

19 March 2010

What is Gelatin?

Gelatin is a unique foodstuff that has many application in food products, including jellies, ice cream, confectionery, cookies and cakes. Gelatin is a protein obtained by partial hydrolysis of collagen derived from skin, bones hides and connective tissues of animal body. Gelatin is the soluble form of collagen and does not contain all the essential amino acid as it lacks of tryptophan.

Gelatin is a translucent, colorless, odorless, brittle, nearly tasteless solid substance; typically produced in powdered and granulated form.

Production of gelatin
From google

The principal raw material used to produce gelatin are from healthy animals which include cattle bone, cattle hides and fresh frozen pig skin. Gelatin is recovered from collagen by hydrolysis. There are several varieties of gelatin, the composition of which depends on the source of collagen and the hydrolytic treatment used. Most gelatins are one of two types. Type A gelatin is exclusively made from pork skins and hence haram for Muslims to use; produced by acid processing of collagenous raw material. Type B gelatin is made either from cattle and calf skins or from demineralized cattle bones; produced by alkaline or lime processing. Because it is obtained from collagen by a control partial hydrolysis and does not exist in nature, gelatin is classified as derived protein. Whether this type of gelatin is permitted or prohibited for Muslims is controversial. However, gelatin made from bones of duly halal slaughtered is available.

Uses
Gelatin is unique and multifunctional ingredient widely used in the food industry, pharmaceutical preparations, photographic and other industries. Gelatin is used in the food industry is probably best known in gelatin dessert, dairy products such as sour cream, yogurt, cottage cheese and other dairy foods, confectioner application such as gummy candies, marshmallows and many more. Gelatin is also used as a processing aid for the clarification of fruit juices and cider. It is also used as binder and/or glazing agents in meat industry which helps to retain the natural juices and enhance texture and flavour.

The major use of halal gelatin in the pharmaceutical industry is for the manufacture of soft gelatin capsules, hard capsules, tablets, tablet coating and as a gelatin emulsifier/filler. Gelatin has been recognized to be an excellent stabilizer and emulsifier in pharmaceutical emulsions. Gelatin is also used for microencapsulation as a water-insoluble sponge during surgical procedures, medical troches and pastilles; lozenge like products.

The unique chemical and physical properties of gelatin make it an important compound in the photographic industry. The useful functions of gelatin are a result of its protective colloidal properties during the preparation of silver halide crystals, setting and film forming properties during coating and swelling properties in processing of exposed film or paper in the photographic film manufacture.

A new major application of gelatin is in the paintball industry; used to make the shells of paintball which is similar to the way pharmaceutical capsules are produced.

Source:
Buletin Halal Thn 5 Bil:8 2009

15 March 2010

Alkohol HALAL?

Masyarakat hari ini masih keliru adakah arak dan alkohol itu dua perkara yang berlainan atau perkara yang sama. Arak semestinya mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak semetinya arak. Arak adalah arak dan alkohol adalah alkohol. Ini adalah konsep yang harus difahami oleh semua pihak terutamanya umat Islam.

Dalam bahasa arab, arak disebut sebagai khamar. dari sudut bahasa pula ia memberi makna benda yang memabukkan yang diperbuatkan daripada jus buatan (seperti anggur) kerana ia menutup akal. arak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis antaranya barli, rye, jagung, gandum, beras, millet, anggur, epal, pear, tebu, agave, plum, nenas, pisang, halia, ubi kentang, lobak, ubi kayu, nira, madu, susu dan sebagainya.

ada dua jenis arak diminum pada zaman rasullullah dan selepasnya iaitu sebagai khamar iaitu perahan dari buah tamar, anggur, dan lain-lain yang diperam. kedua dinamakan sebagai nabiz. nabiz ialah buahan atau hirisannya yang direndam ke dalam air sehingga rasanya meresap ke dalam air. hukum asal nabiz adalah harus tetapi jika ia telah bertukar menjadi memabukkan maka ia dikira sebagai khamar dan haram diminum.

Jumhur fuqaha' yang terdiri daripada mazhab maliki, Syafi'i, dan hambali berpendapat meminum arak yang diperbuat daripada perahan anggur, buah-buahan atau bijirin lain, banyak atau sedikit adalah haram.

Firman Allah yang bemaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah 9semuanya) kotor (keji) dai perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" (Surah Al-Maaidah: Ayat 90).

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. bersabda. maksudnya:
"Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram". (HR muslim).

Walaupun arak dikatakan ada manfaatnya tetapi keburukannya adalah lebih besar. Firman Allah yang bermaksud: "mereka bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (Surah Al-Baqarah: Ayat 219).

Apakah alkohol? Kamus Dewan mengatakan bahawa alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan. Ia terdapat di dalam minuman keras dan lain-lain. Pada kebiasaannya apabila disebut alkohol ia dirujuk kepada ethyl alcohol ata etanol atau ETON.

Satu hakikat yang sangat penting diambil perhatian ialah: ada etanol yang dihasilkan melalui sumber petroleum, ia bukan arak. Etanol yang dihasilkan dari bahan petroleum tidak sama dengan etanol yang dihasilkan daripada perahan buahan, bijirin atau manisan. Etanol yang dihasilkan daripada petroleum bukan dihasilkan daripada bahan yang diharamkan syarak, iaitu arak atau alkohol. Perbezaan ini akan mempunyai impak yang besar terhadap hukum penggunaan etanol.

Apakah hukum penggunaan alkohol bukan arak yang melalui proses fermentasi dalam makanan? Contohnya seperti cuka, tapai, roti, beer dan wain yang bertujuan untuk memberikan rasa dan kritria tertentu dan menjadikannya lebih berperisa, Perlu juga kita tahun adalah semua proses pemeraman akan melahirkan alkohol seperti kicap, sos, budu, jus, kordial termasuk buah kurma yang direndam juga mengandungi alkohol. Rasulullah saw pernah melarang sahabat meminum air rendaman buah kurma yang melebihi tiga hari. Tetapi alkohol ini adalah bukan alkohol arak.

Lantaran itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 dan 12 April 1984 telah memutuskan:
a) Alkohol yang dibuat bukan melalui proses  pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum
b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya membuat arak, samada mengandungi sedikit alkohol, atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum
c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak atau bukan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal
d) Tapai adalah halal
e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan
f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kamdungan alkohol adalah harus dan dimaafkan (kegunaan luar).

Pangalaman Bahagian Hab Halal JAKIM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pensijilan halal membuktikan terdapat pengusaha restoran, hotel mahupun produ menggunakan bahan-bahan berasaskan alkohol arak atau alkohol industri. Seorang chef muslim terkenal di Malaysia pun mengakui menggunakan rice wine (cuka beras) dalam masakannya sebagai bahan penyedap. Tetapi beliau menggunakan alasan bahawa hanya mencampurkan sedikit sahaja dan tidak menyebabkan mabuk dan akan hilang apabila dipanaskan. Sebagaimana dijelaskan bahwa arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan ia tetap haram.

Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram" (HR Abu Daud dan An-Nasai'i)

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 4-6 April 2006 juga telah memutuskan:
"Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampurkan dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ianya adalah halal"

Dapat difahami bahawa alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya, dan ia adalah penghasilan proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimana pun pada pandangan penulis, untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ia merujuk kepada arak.

Artikel dari Buletin Halal:
Buletin Halal Tahun 5 Bil: 8 2009

06 March 2010

JAIS arah henti pengeluaran sijil halal

Link

SHAH ALAM, 5 Mac — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal supaya tidak lagi mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council SEA dan IFANCA International.
Beliau berkata Jais sebelum ini tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.
Mohammed Khusrin berkata syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan oleh Jais dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Berkuat kuasa hari ini hanya sijil logo halal yang dikeluarkan Jais dan Jakim sahaja yang diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di Selangor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya syarikat terbabit diarahkan untuk tidak menerima sebarang permohonan sijil halal dari mana-mana pihak berkuat kuasa serta merta kerana sijil logo halal yang dikeluarkan adalah diragui terutama membabitkan syarat pengeluaran dan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.
Beliau berkata tempoh tiga bulan diberikan kepada syarikat berkenaan supaya menyelesaikan segala urusan membabitkan pemprosesan sijil logo halal yang telah diterima sebelum ini.
“Kepada mereka yang belum memiliki sijil logo halal atau mahu memperbaharui diingatkan supaya hanya melakukannya melalui Jais dan Jakim,” katanya.
Mohammed Khusrin berkata mereka yang masih engkar dengan arahan Jais boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal dari Jais dan Jakim ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang masak Muslim. — Bernama