17 February 2010

Flash Pop Candy buatan negara China diarah hentikan penjualan

 
Pihak AVA (Agri-Food and Veterinary Authority) Singapura telah mengeluarkan surat amanran bertarikh 31 Disember 2009 kepada pengimport makanan dan mengarahkan penarikan balik produk terlibat. Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak AVA Singapura mtelah menyatakan terdapat 4 produk terlibat iaiyu Kidsmania Pirate Flash Pop, Kidsmania Blink Pop, Kidsmania Baby Flash Pop dan Kidsmania Flash Pop Mini yang dikeluarkan oleh syarikat Zhaoqing Kidstar Toys Manufactory Ltd China.

Produk makanan tersebut mempunyai mentol bercahaya (light emission diode -LED) yang disaluti dengan kandi dan sekiranya mentol ini pecah dna tertelan oleh mereka yang memakannya boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang membahayakan kesihatan. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan-makanan seperti ini tidak dibenarkan dijual kepada orang ramai kerana mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.

Utk maklumat lebih lanjut, sila baca attachments dibawah:


No comments:

Post a Comment